Wednesday, March 4, 2009

PENJAJA - Harga Barang Yang Tak Sepatutnya

Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 hari ini menyiarkan isu penjaja.
Patutkah penjaja perlukan lesen?

PATUT

Kerana, makan atau barang yang dikenakan dianggap mahal.
Bayangkan harganya, kita bandingkan di kedai untuk barangan biasa dan direstoran untuk makanan.

Harganya SAMA.

Sedangkan penjaja tidak melibatkan berbagai kos:
Sewa, kalau ada pun tidak semahal kedai atau restoran.
Kemudahan lain tiada.
Elektrik, kalau ada pun sedikit.
Air, kalau adapun sedikit juga.

TETAPI BAGAIMANA HARGA NYA.

TETAP SAMA

Monday, September 22, 2008

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" HARGA MINYAK TURUN LAGI TAPI HARGA BARANG TAK AKAN TURUN

Hi,

Kerajaan akan menurunkan harga minyak demi untuk kita menyambut hari raya.Betul ianya dapat membantu kita mengeratkan tali persaudaraan sesama kita dan merapatkan persaudaraan yang jauh.

Walau bagaimana pun yang amat menyedihkan harga barang tetap tidak akan turun ini yang merunsingkan kita semua.

Itulah kesannya kepada kita semua kalau kita tidak bertindak dengan berhemah.

Selama ini kita tak pernah melihat harga barang turun contoh:

Harga tepung naik RM0.10/kg roti canai naik RM0.10/keping
Haga gula naik RM0.10/kg teh tarik naik RM0.10/gelas

Tetapi harga tepung dan gula turun tidak sesen pun harga roti canai dan teh tarik turun.

Inilah malang nya hidup kita dan sekarang kita hadapi fenomena yang sama terhadap krisis harga minyak.

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"

Saturday, September 13, 2008

ZAKAT DIBULAN PUASA



KELUARKAN ZAKAT FITRAH DARI SEBAHAGIAN HARTA KAMU.